Chromecast

Stream on.
Say hello to Chromecast.
Strimkan hiburan daripada peranti anda ke TV.

Chromecast dipalamkan pada port HDMI TV anda. Cuma gunakan peranti anda dan TV milik anda untuk menstrim rancangan TV, filem, permainan dan pelbagai lagi. Chromecast berfungsi dengan iPhone®, iPad®, telefon dan tablet Android, komputer riba Mac® dan Windows® serta Chromebook.¹

Cara yang lebih berkesan untuk menyiarkan video dan pelbagai kandungan lagi pada TV anda.

Dengan Chromecast, peranti anda berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Mudah sahaja untuk mengawal TV dari mana-mana lokasi di dalam rumah anda.²

Hiburan tanpa had, mengikut jadual anda.

Akses rancangan TV, filem, lagu dan pelbagai lagi melalui apl³ seperti Netflix, YouTube dan Google Play.⁴